Viva Vietnam

2
Harga Tiket RM299.80

Chào mừng bạn!

Kali ni, aku nak share tentang trip warga SMK Ismail Petra ke Vietnam. Memang dah jadi tradisi, every year kami beramai-ramai ber'holiday' ke luar negara. Pantang ada promo Airasia ajer, aku lah yang jadi tukang booking tiketnya.

Kali ni, trip kami hanya 3H2M sahaja memandangkan ia dibuat pada cuti hujung minggu. Destinasi kami adalah ke Ho Chi Min City. Seramai 38 orang yang masih 'setia' follow trip tahunan termasuk Puan Pengetua tersayang, Pn. Muhanizah dan mantan Pengetua, HM . Malangnya, di saat-saat akhir HM dan isteri terpaksa menarik diri kerana sudah mempunyai plan lain.

Nak dijadikan cerita , rombongan kami kali ini bertolak dalam 2 group berbeza dari lapangan Terbang Sultan Ismail, Kota Bharu ke LCCT pada 23 May 2012. Ada yang bertolak jam 8.25 malam dan sebahagian lagi pada jam 10.05 malam. Oleh kerana kami mengambil flite yang pertama, tak sanggup rasanya nak lepak di airport sampai keesokan harinya. So, kami berpakat untuk bermalam di De'Palma Inn dan mengambil shuttle bus ke LCCT pada jam 6 pagi.

Day 1 (24 May 2012)

Tepat jam 7 pagi, kami berkumpul untuk urusan check in tiket. Kami bertolak menaiki penerbangan ke Ho Chi Min City pada jam 9.15 pagi. Kami tiba lebih kurang jam 10.10 pagi . Kali ni, waktu di sana sejam lebih awal dari kita. Seperti biasa, travel agency telah menyediakan seorang tour guide yang mahir berbahasa Inggeris untuk menemani kami. Oleh kerana hari masih awal dan belum boleh check in hotel, kami di bawa melihat sekitar bandar ini.

Antara tempat yang kami lawati



Kami menginap di Hotel Hoang Gia Huy selama 3H2M di sana. Kat area ni memang banyak hotel taraf 2-3 stars. Yang paling best, sebab berdekatan dengan Ben Thant Market. Hanya 5 minit berjalan kaki. Kali ni, kami duduk 3 orang sebilik. 


Day 2 ( 25/5/2012)

Keesokkan harinya, kami bersarapan agak awal di hotel. Perasaan was-was juga utk makan di hotel ni, so masing2 dah standby maggi dan roti sendiri. Around 8 pagi, kami bergerak ke Chu Chi Tunnel dan seterusnya ke Sungai Mekong. 

ktiviti yang paling aku tunggu di Sungai Mekong, menaiki sampan. Diorang bawa kami menyelusuri Sungai Mekong sekitar 2km juga. Punya excited masing-masing ye dapat naik sampan hehe. 1 sampan boleh naik 3 – 4 orang pengunjung sahaja.






Sambil berhibur, kitorang dihidangkan pula dengan buah-buahan tempatan cicah garam + air teh o panas. After tamat persembahan, korang boleh la bagi sedikit sumbangan didalam bekas yang disediakan. Bagi la berapa vietdong or ringgit seikhlas hati korang ye. 





Day 3 (26/5/2017)

Hari terakhir, kami dibenarkan untuk menyambung sesi membeli-belah sementara.

Penerbangan pulang tepat jam 9.10 malam dan tiba ke LCCT jam 12.00 tengah malam. 





No comments:

Post a Comment