FAMILY DAY
SMK ISMAIL PETRA 2011
ARWANA ECO & BEACH RESORT, PULAU PERHENTIAN, TERENGGANU
30 APRIL - 1 MAY 2009
*********************************************
Tahun ni, aku rasa nak bawak cikgu2 SMIP ni pergi jauh skit untuk buat Family Day. Keluar dari sempadan Kelantan. Bila akau announce, "Jom kita pi Pulau Perhentian!". Habis kecoh satu sekolah. Jauh ler...susah nak angkut anak2 kecil naik bot...kos pakej mahal ler...Macam-macam alasan.
Tapi aku nekad, siapa yang nak join boleh bagi nama dengan bilangan ahli keluarga. Hujung minggu, aku ke Kuala Besut untuk mencari pakej harga yang sesuai dan paling penting MURAH. Bukan senang rupanya jadi organizer program yer...kos, masa dan tenaga semuanya, ditanggung sendiri. Alhamdulillah, akhirnya dapat offer pakej percutian ke Pulau Perhentian yang menarik dari Arwana Eco & Beach Resort. Pakej termasuk tambang bot pergi-balik, penginapan, makan & aktiviti snorkeling. Harga antara RM269 - RM289 untuk twin sharing, triple sharing dan RM269 untuk quad sharing.
Pulau Perhentian terletak 21km dari Kuala Besut, Terengganu yang terletak di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Kepulauan ini mempunyai air yang jernih dan mempesonakan dan mempunyai hidupan laut yang pelbagai banyak kelihatan di kawasan ini. Ianya terdiri daripada Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar dan terdapat pelbagai flora dan fauna yang hidup di pulau ini. Pulau ini diberi nama Pulau Perhentian kerana ianya menjadi lokasi hentian kepada kapal pedagang dan nelayan yang manjadikan pulau ini sebagai tempat perlindungan dari angin kencang serta ombak besar.

No comments:
Post a Comment