Kenyir Adventure


HARI KELUARGA SMIP 2011
 RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN KENYIR, TERENGGANU
1-2 MAY 2011

*********************************************


Assalamualaikum...

Memandangkan tahun ni, aku masih 'dikekalkan' menjadi Setiausaha badan Kebajikan Staf (BKS) SMK Ismail Petra utk tahun ke-3, maka berhempas pulas ler dgn  Mdm Tini (my bff) mencari lokasi untuk Family Day kali ni. Kami memilih cuti Hari Pekerja untuk mengadakan program ni.

Sebagai anak orang 'Ganu Kita' (abah), aku syorkan agar kali ni kami ke Tasik Kenyir plak. Kalau ada yang tak berapa mahir subjek geografi, ni Mdm Anor nak habaq, tasik Kenyir ni merupakan destinasi pelancongan yang terkenal di negeri Terengganu!

Tasik Kenyir terletak di Kawasan Barat Daerah Hulu Terengganu, kira-kira 55 km dari Bandar Kuala Terengganu. Keluasan kawasan Tasik Kenyir ialah 260,000 hektar. Di Tasik Kenyir juga terdapat 340 buah pulau yang pada asalnya ialah kemuncak bukit yang tidak ditenggelami air.  Tasik Kenyir juga adalah tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara yang terbina hasil pembinaan Empangan Kenyir pada tahun 1985. Chewaahhhhh...layak gaks jadi cikgu Geo rasanya...hihiii

Setelah hampir 2 jam mengodek2 PC, kami berjaya menempah Rumah Peranginan Persekutuan Tasik Kenyir. Alhamdulillah, 2 unit banglo 2 bilik dan 3 unit banglo 3 bilik berjaya kami tempah dengan keadaan kelam-kabut. Al-maklum ler....asyik 'fully booked' ajer.

Banglo??? Nama ajer banglo tetapi macam chalet kot. Kadar sewaan memang murah betul. Untuk Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) bagi banglo 2 bilik hanya RM50 dan banglo 3 bilik RM60. Bagi kakitangan kerajaan, memang berbaloi dapat tempahan sebegini murah. Jika berminat, tempahan RPP boleh ke laman web rasmi mereka (http://www.bph.gov.my). Tapi ingat, tempahan perlu dibuat untuk sekurang-kurangnya untuk tempoh 3 bulan ke atas. 

DAY 1 ( 1 ME1 2011 )

Pada hari yang dijanjikan, rombongan Cik Kiah seramai 15 keluarga. Lebih kurang 50++ orang. sebahagian drp kami menaiki bas sekolah, manakala selebihnya dengan kenderaan masing-masing. Kami memulakan perjalanan pd jam 9 pagi dan tiba lebih kurang jam 12.30 tengahari di Pengkalan Gawi, Kuala Berang. 

Masing-masing makan tengahari di deretan kedai mengadap tasik. View memang 'awesome'. Suasana pon mmg nyaman abis. 



View dari bot


Posing skit dengan Adam


Untuk ke Rumah Peranginan Persekutuan Tasik Kenyir, tetamu rumah peranginan perlu menaiki bot dari Pengkalan Gawi. Sebelum bertolak, kami telah menghubungi Encik Alias, penyelia rumah peranginan untuk arrangement waktu ketibaan kita dan waktu bot menunggu.Tambang bot juga telah aku bayar awal-awal secara online semasa tempahan rumah peranginan tempoh hari bersama pakej makan sepanjang berada di sana. 

So, lepas lunch, kami berarak ke jeti untuk menaiki bot. Bot yang akan membawa kami ke RPP Tasik Kenyir telah sedia menunggu di jeti. Rumah Peranginan Persekutuan ini terletak di Pulau Sah Besar dan mengambil masa lebih kurang 30 minit ke situ. Oleh kerana bilangan kami yang ramai, maka kani terpaksa menunggu giliran untuk ke sana kerana hanya 4 bot disediakan untuk rombongan kami. So, apa lagi abis ruang dalam jeti kami bergambar!


 

Muka kontrol sbb menunggu lama


Setelah hampir menunggu selama sejam, tiba giliran kami sekeluarga bersama keluarga Mr. Big Boss (Hj. Wan Suhaimi selaku Pengerusi BKS) menaiki bot menuju ke RPP. 

Actually, ini pengalaman kedua anak-anak (Adam & Adib) menaiki bot selepas trip ke Pulau Perhentian. Namun, keseronokan tetap dirasai mungkin sbb mereka dapat tengok pemandangan & kehijauan alam yang agak berbeza dengan laut.
Sepanjang perjalanan, kami melintasi beberapa batang pokok terpacak di tengah-tengah tasik ini.  Subhanallah, memang takjub rasanya dengan keindahan tasik buatan ini yang pernah dihuni oleh ribuan flora dan fauna satu ketika dulu. Tak puas rasanya memandang kehijauan dan ketenangan di tasik ini. 

Nampak tak pacakan pokok-pokok dalam tasik?


Finally, hampir 30 minit dilambung bot....akhirnya kami tiba ke RPP Kenyir. Di Pulau Sah Besar ini hanya terdapat RPP sahaja, jadi suasana memang agak sunyi dan menyeramkan. Di sini, terdapat Dewan Mesyuarat, Dewan Makan, asrama, banglo 2 bilik dan banglo 3 bilik. Tambahan pula bilangan unit sedikit menambahkan lagi kesunyian kawasan ini, lebih-lebih lagi jika bukan hujung minggu.

Dari jeti RPP ini, kita perlu mendaki anak tangga ke rumah penginapan. Aduhhh, boleh tahan juga la ketinggian yang perlu di daki. Bagi sesiapa yang bercadang nak bawa orang tua tu, kena pikir 2-3 kali. Tak pepasal semput plak nanti diaorang. 

Tangga menuju ke RPP Kenyir, boleh tahan tingginya

Terpaksa stop half way, fenattt!!

Banglo 2 bilik 

Dek kepenatan perjalanan jauh dari Kota Bharu, masing-masing pengsan selepas solat jama' Zohor & Asar. Tapi, semua dah dimaklumkan bahawa jam 4 petang semua berkumpul untuk aktiviti seterusnya. Siap warning lagi, siapa lambat kena tinggal. Aku memang 'ON TIME' skit..maklumlah cuci cicit keturunan Cina, kan! 

Setelah berehat dan memulihkan tenaga seketika, lebih kurang jam 4.15,  kami semua dah berkumpul di Jeti RPP. Kalau ikut perancangan penyelia RPT, kami akan dibawa ke Taman Herba dahulu sebelum ke Air Terjun Sauk.Taman Herba ini terletak di Pulau Sah Kecil ialah berhampiran RPP Tasik Kenyir. Jarak nya hanya kira-kira 5 minit dengan menaiki bot laju. Dari RPP pon boleh berjalan kaki sahaja kerana ada trek yang disediakan. Cuma laluan agak sunyi dan gelap. 
    
Inilah pintu masuk Taman Herba

Semasa di Taman Herba, kami mendengar taklimat ringkas dari pegawai perhutanan yang bertugas. Di sini kami diberi minum air herba yang telah direbus di dalam periuk seperti air Tongkat Ali dan Kacip Fatimah. Kami juga mengambil kesempatan mengelilingi Taman Herba yang mempunyai kira-kira 26,000 pokok herba yang terdiri dari 230 jenis pokok.  


Ahli rombongan tekun mendengar taklimat dari pegawai perhutanan sesambil aku berposing mengacau periuk air herba.

Hampir sejam lebih kami berada di sana, kemudian kami meneruskan pengembaraan ke Air terjun Saok. Perjalanan menaiki bot mengambil masa 30 minit .Selain Air Terjun Saok, terdapat beberapa lagi air terjun di sekitar Tasik Kenyir seperti Air Terjun Lasir, Air Terjun Tembat, Air Terjun Sungai Buweh dan Lata Terap. Maybe, untuk trip akan datang kami berpeluang ke sana.

Air terjun  Saok ini memang cantik, masih tidak tercemar dengan sampah sarap. Mungkin kerana jaraknya yang agak jauh, jadi pengunjung agak kurang. Kami diberi masa 1 jam untuk piknik dan mandi manda. 



Pintu Gerbang Air Terjun Saok

Kaum bapak dan anak-anak mengambil peluang untuk berenang dan mandi-manda. Memang tak ingat dunia bila dah jumpa iar terjun rupanya. Manakala ibu-ibu sibuk bergossip di atas batu sambil berpiknik. Ramai pulak yang membawa bekal seperti sandwich, keropok dan nasi goreng. 







Sekitar jam 6.30 petang kami telah balik semula ke RPP dengan penuh kepenatan. Bila badan dah penat, perut pon berkeroncong. Selesai solat Maghrib, kami berduyun-duyun ke Dewan Makan untuk agenda yang ditunggu-tunggu. BBQ!

Oleh kerana kami telah membayar pakej makan , maka kami hanya perlu ke Dewan Makan untuk untuk makan malam dan sarapan  kerana semua telah siap disediakan. Harga pakej makan pon agak murah. Lebih kurang RM35++ utk dewasa dan RM16++ untuk kanak-kanak.    Wahh...makan malam kami memang terbaik. Kami disediakan dengan pelbagai juadah yang cukup menyelerakan termasuk nasi goreng, bihun Singapore, BBQ ayam dan daging, sosej dan buah-buahan. 
Sampai ada yang menambah2 makan...tak cukup 2-3 pinggan. (Mr RR ler tu). Yang penting, semua ahli rombongan enjoy dan puas hati. Jam 11 malam baru masing-masing pulang ke bilik untuk tidur.




Antara family yang join Family Day kali ni 


DAY 2 ( 2 MEI 2011)

Selepas sarapan pagi, kami mengambil peluang membuat aktiviti sendiri sebelum berkumpul di jeti untuk pulang. Ada yang ingin berkayak dan ada yang ingin memancing. Tetapi kami dinasihatkan untuk tidak berenang di dalam tasik kerana bimbang ada ikan besar katanya. Ntah ke betul atau idak, Wallahualam. 




Sewa kayak di sini pun cukup murah iaitu hanya RM 5 (single canoe) dan RM 7 (double canoe). Tiada limit masa. So, apalagi...ramai ler yang ambil peluang berkayak. Ada yang mendayung sampai ke jeti Taman Herba. 



Tasik kenyir memang merupakan salah satu tempat tumpuan kaki pancing. Kaki pancing yang ke sini, biasanya telah tahu 'lubuk' yang ingin di tuju. Pakej-pakej memancing  turut disediakan . Ada yang siap menyeewa rumah bot selama beberapa hari dengan kadar RM1000++.

Kebetulan, Adam & Adib membawa joran dari rumah. Bukan main lagi dua beradik ni memancing, konon. Roti dijadikan umpan. Sekor ikan pon tak dapat. 





Mummy plak ambil kesempatan explore kawasan RPP ini. 

Akhirnya, tepat jam 12.00 tengahari, kami semua 'check-out' dan berkumpul di pengkalan  RPP Tasik Kenyir untuk menunggu bot. Seperti biasa, kami terpaksa menunggu giliran untuk ke Pengkalan Gawi. Masing-masing amat berpuas hati dengan Family Day kali ini. Walaupun masa amat singkat, namun pengalaman yang diperolehi amat berharga.


Daddy & the boys




























No comments:

Post a Comment