IKAN CENCARU SUMBAT


Bahan untuk  ikan :
1. Ikan cencaru dibelah belakang badan
2. Kunyit
3. Garam
Bahan untuk sambal sumbat

1. 3 sudu cili boh
2. Setengah inci lengkuas
3. 1 batang serai
4. 2 biji bawang merah
5. 2 biji bawang putih
6. 2 sudu gula
7. Garam secukupnya
8. Setengah sudu kecil pes asam jawa
9. 1 sudu kecil tepung gandum (pemekat)
*semua bahan dikisar lumat (menggunakan blender kering)
Cara-caranya:

1. Lumur kunyit dan garam pada ikan cencaru
2. Kisar lumat semua bahan sambal sumbat dan masukkan ke dalam perut ikan
3. Goreng dalam minyak yang panas
Tip
===
1. Masukkan tepung gandum sebagai 'gam' yang akan memegang sambal daripada 'mencair' (apabila terkena minyak) dan keluar dari perut ikan
2. Sebaiknya menggoreng menggunakan magic pan kerana permukaannya mendatar yang menyebabkan kedudukan ikan masak sekata.
3. Sebaiknya tidak selalu menterbalikkan ikan. Kurangkan pergerakan ikan supaya sambal sumbat kekal banyak berada dalam perut ikan. Pastikan sebelah ikan dah masak betul baru terbalikkan sebelah yang satu lagi.
4. Kisar menggunakan blender kering kerana kita nak kurangkan kuantiti bendalir dalam sambal sumbat. Jika cair, sambal sumbat sukar untuk 'stay' dalam perut ikan.
Dengan menggunakan magic pan, kita boleh tutup untuk memastikan suhu yang baik supaya ikan masak sempurna.
Kredit Resepi: Rafiza Idayu

No comments:

Post a Comment