BANDUNG-PUNCAK-JAKARTA

Selamat sore!!!
Kali ini aku ingin menitipkan pengembaraanku ke 3 lokasi sekaligus di Indonesia iaitu  Bandung - Puncak Tangkuban Perahu - Jakarta. Kalau sebelum ini, kisahku ke Padang-Bukit Tinggi penuh dengan kenangan manis. Namun, trip kali ini penuh dengan kisah pahit manis. Tepat sekali kata orang, "Hujan emas di negara orang, lebih baik hujan batu di negara sendiri".

Alhamdulillah, perancangan yang dibuat hampir 6 bulan berjalan lancar. Percutian kali ini adalah selama 6H5M. Agak lama aku meninggalkan si kecil di rumah dgn daddynya. Thanks, Honey! Jasamu tetap di kenang...



Trip kami ke sana pada 12 - 17 Mac 2009 sempena cuti penggal pertama persekolahan. Kos tambang pergi balik dengan Airasia dalam RM298 sahaja. Kira ok ler sbb waktu cuti sekolahkan. Kos Ground handling RM710++ utk penginapan di Bandung (3 malam) dan Jakarta (2 malam) termasuk breakfast di hotel, manakala lunch dan dinner di Restoran Halal Tempatan. (Kos tak termasuk airport tax atau tips utk Tour Guide.)



Kali ini ramai pulak pengikutnya. Seperti biasa, kaki2 jalan seperti Kak Marshitah, Kak Zainab, Kak Zalina dan ramai lagi takkan ketinggalan. Ada juga yang membawa suami dan anak2 menemani...or untuk angkut barang rasanya...Hihiii

                                                                                                                       
Kali ini, rasanya tak perlu aku cerita panjang2...just itinerary ringkas sahaja.

Day 1 (12/3/2009)


Penerbangan kami bermula dari KB ke LCCT pada jam 4.15 petang. Sampai di LCCT, kami semua terus ke penerbangan Antarabangsa untuk check in tiket . Tepat jam 8.50 pm, kami berangkat. Kami tiba di Soekarno Hatta International Airport, Jakarta pada jam 9.45 pm. Actually, waktu Indonesia adalah lewat sejam dari Malaysia. Jadi lebih kurang kul 10.45 ler kami sampai di sana. 

Rombongan kami disambut oleh tourist guide bernama Bambang dengan bas persiaran yang amat selesa. Kami terus bergerak ke Bandung yang mengambil masa 3 jam perjalanan. Semua lena dibuai mimpi dek perjalanan yang jauh. Akhirnya, kami tiba di Hotel Harrison di Bandung pada jam 3.00 pagi  .Lebih kurang jam 3.30 pagi, masing2 selesai check-in dan terus masuk bilik untuk menyambung tidur.


Day 2 (13/3/2009)


Selesai breakfast, kami berkumpul jam 9 pagi waktu tempatan untuk ke Gunung Tangkuban Parahu yang merupakan satu lagenda bagi penduduk Indonesia. Aku masih ingat cerita yang dilakonkan oleh Lydia Kandau sms sekolah rendah.
Gunung ini mempunyai ketinggian 2084 m dari aras laut dan jarak 20 km  dari Kota Bandung. 

Rombongan kami tiba di sana lebih kurang jam 10 pagi kerana kesesakan yang teruk. Sebaik sahaja memijak tanah, terasa bau sulfur yang amat menusuk. Semasa berjalan mendaki naik ke Puncak, sempat lagi kami bershopping membeli ole-ole di deretan kedai di sepanjang jalan. Kami menikmati keindahan pemandangan gunung berapi dan masih kelihatan beberapa kawah yang masih aktif dengan asap nipis. Bimbang jugak kalau tetiba ada letusan lava.


                            Salah satu kawah gunung berapi yang masih aktif di Tangkuban Perahu


Kami berada di Puncak lebih kurang 2 jam. Memang ramai pelancong yang datang ke tempat bersejarah ini. Masing-masing sibuk bergambar dan membeli cenderahati. Cuaca di Puncak agak 'chill' walaupun panas matahari agak terik. Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Ladang Strawberry sambil menikmati kehijauan bumi Bandung. Kemudian, kami di bawa ke Ciater Hot Spring untuk merasai kesegaran air panas. Lebih kurang jam 3 petang, perut sudah mula minta diisi. Kami dijamu makan tengahari di Restoran Sunda iaitu  Gubug Mang Engking. Kami berasa kagum melihat restoran yang berada di atas kolam. Disini, kami dihidangkan dengan dengan aneka lauk-pauk Sunda.


Muka tergezut melihat cara ikan goreng dihidangkan.

Alhamdulillah, kami sempat solat jama' Zohor dan Asar di musolla Restoran. Kemudian, kami meneruskan perjalanan balik ke Kota Bandung untuk aktiviti yang paling ditunggu-tunggu. 'Shopping Time'. Kami diberi masa 3 jam untuk membeli-belah di 'factory autlet' sekitar Jalan Setia Budhi seperti Rumah Mode. 















Day 3 (14/3/2009)

Selesai breakfast, kami semua bersiap-siap untuk check-out dari hotel untuk ke destinasi seterusnya, Kota Jakarta. Namun, sebelum bertolak kami diberi peluang untuk bershopping di Toko Tiga. Ini merupakan tempat wajib dikunjungi oleh peminat jeans & denim. Sempat juga aku sambar 2 helai jeans dan jaket denim untuk Mr. Hubby. Upah menjaga anak. Tetapi kena berhati2 juga, kerana ada juga teman-teman yang nyaris ditipu dengan barang tiruan. 

Selepas itu, kami di bawa ke Kartika Sari. Di sini, terdapat pelbagai jenis makanan seperti brownies, kek lapis, kerepek dan sebagainya yang boleh dijadikan ole-ole dari Bandung. Lebih kurang jam 3 petang, kami bertolak ke kota Jakarta. Jarak Kota Bandung ke Jakarta adalah 150 km dan mengambil masa lebih kurang 3 jam lebih perjalanan.  Dalam jam 7 malam kami check in di Manhattan Hotel. Kali ni, dinner di hotel sahaja. Memandangkan semua kepenatan dek bershopping & perjalanan jauh, kami diberi peluang untuk aktiviti bebas. apa lagi, masing-masing tarik selimut sambil mengira rupiah yang dah berkurang!


Day 4 (15/3/2009)

Hari ini, kami semua bersemangat untuk ke Mangga Dua selepas sarapan pagi. Di sana, anda boleh mendapatkan barangan seperti kain ela, kain sulam, telekung dan pelbagai barang dengan harga yng berganda murah berbanding di Malaysia jika  pandai menawar. 


Day 5 (16/3/2009)

Hari ini, Bambang berjanji untuk membawa kami ke Tanah Abang yang merupakan gedung membeli-belah utama. Rupanya tempat ini lagi baik dan selesa berbandang Mangga Dua. Produk yang dijual pon lebih berkualiti dan cukup murah.


Day 6 (17/3/2009)

Oleh kerana hari flite kami hari ini pada jam 3.10 pm, maka kami berpakat untuk check-out selepas breakfast dan ronda2 seketika sebelum ke airport. Al-maklumlah, masih ada ruang kosong dalam beg. Tetapi kena ingat juga, terlebih muatan ada cajnya...


Jam 1 petang kami tiba di  Soekarno Hatta International Airport.  Alhamdulillah, tiada masalah sepanjang pemeriksaan kastam dan muatan barang. Mungkin kerana banyak tips yang kami selitkan dalam poket si Bambang tu. Akhirnya kami menaiki penerbangan pulang lewat 30 minit kerana masalah teknikal. 

Selamat Tinggal, Kota Jakarta. Jika diizinkan, panjang umur dan murah rezeki, Insya-Allah aku akan ke sana lagi.

[ BACK TO TRAVEL ]

No comments:

Post a Comment