Assalamualaikum...
SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN 2020/1441H
Alhamdulillah, bulan Ramadan kembali lagi.Bulan yang penuh keberkatan dan bulan keampunan. Mungkin Ramadan kali ini berbeza kerana wabak Covid-19 yang belum pulih. Tiada lagi solat terawih di masjid. Tiada lagi kemeriahan Bazar Ramadan. Namun, jangan jadikan semua ini alasan untuk kita semua menjalani ibadah puasa dengan lebih kesyukuran. Jom sama-sama kita tingkatkan amalan walaupun berada di rumah. Marilah kita bersama keluarga berazam dengan bersungguh-sungguh melakukan ibadah sepanjang Ramadan ini.
Selamat menyambut ibadah puasa, Marhaban Ya Ramadan.